Pages

14 January 2013

Rumah Makan Cibiuk - Makanan Asli Sunda

Jalan-jalan mencari sesuap nasik di petang Ahad yang hening semalam adalah di kawasan Kajang. Dah tak ada nak buat apa sangat. Kajang pun Kajanglah. Bukannya jauh sangat. 20 minit perjalanan macam tu daripada Petaling Jaya.

Dulu kalau pi Kajang/Bangi memang aku akan singgah makan ayam penyet tak pun ayam bakar di Restoran Wong Solo di Bandar Baru Bangi. Tapi sekarang ni port yang baru tak lain dan tak bukan yang menggantikan Wong Solo sebagai top list adalah restoran Cibiuk di Kajang. Terletak berhampiran dengan tol Sungai Ramal, lebuhraya SILK. Rumah Makan Cibiuk ini adalah cawangan yang pertama di Malaysia yang mana restoran ini  menyajikan makanan asli Sunda.

Harga makanan berpatutan dan tak adalah mahal sangat. Pelbagai variasi makanan yang disediakan. Sangat sedap gua cakap sama lu orang. Cuba la try tengok.

Aneka sambal.

Menu nasik. First time pergi aku order Nasi Liwet Kastrol (sebut betul-betul tew). Memang sesuai untuk makan berdua. Nasik pun satu bekas besar. Memang kenyang sangat. Tapi untuk kali ni aku pilih untuk order set Nasi Timbel Komplet Ayam Bakar. Ayam bakar memang tak boleh nak dipisahkan dengan gua la brader.

Menuang teh botol ke dalam gelas untuk boss kecik.

Teh botol yang tak dalam botol lagi. Tapi rasa masih sama. Enak.

Nasi Timbel Komplit Ayam Bakar. Ayam bakar dia memang manyak syiok wo.

Ditambah dengam sambal-sambalan yang tersedia.

Gua tau lu orang mesti jeles dan terliur tengok gua makan ni. Sebelum makan jangan lupo basuh tangan tau.

Kalau nak lepak-lepak santai boleh duduk kat sini. Tapi kalau yang jenis perut buncit dan boroi tu duduk atas kerusi biasa jek la. Tak payah nak mengada-mengada duduk kat sini. Bukan apa takut nanti susah nak makan nasik. Hahaha.

Dessert yang terbaek. Pisang goreng keju ke apa entah nama dia. Meleleh air liur brader.

Enak woi..Sampai terlupa nak baca bismillah. Tapi tadi sebelum makan dah baca bismillah dah. Takpe kan?

Wilujeng sumping ke rumah makan Cibiuk

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut kami hepi.


0 Komen:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...